Best friend forever till Jannah..In Sha Allah. |
Entri kali ini ditulis hasil daripada kehidupan kita sebgai insan yg meneliti setiap langkah perjalanan kehidupan ke arah yang lebih baik, kearah satu tujuan pembelajaran yang mematangkan kita berdasarkan penilaian dari kita sendiri. Kita mendengar, kita melihat dan kita merasa dan kita menilai. Kesemua yang terjadi adalah proses untuk kita belajar berdikari, belajar mencari diri, belajar mematangkan diri kerana hakikat sebenar kehidupan itu sendiri setiap insan tak kan lari dari membuat kesilapan tak kan lari dari ujian Tuhan. Membuat silap itu sifat manusia tetapi memberi kemaafan itu sikap yang terpuji.
Hidup umpama putaran roda...Adakalnya kita diatas..adakalanya kita dibawah..Takdir Allah itu terlalu indah..sebagai manusia kita tak layak untuk mempertikaikannya.sifat kita sbgai manusia..xkan pernah lari dari membuat kesilapan sbb kesempurnaan memang tiada dalam diri kita bilamana terlahirnya kita di dunia ni..Namun Allah dah letakkan setiap sorang dari kita mempunyai kelbihan tersendiri dalam keadaan kita sedar ataupon tak..Perjalanan kita sbg hambanya kadang kadang tercoret dgn sejuta satu tanda tanya yang akan dipersoalkan oleh diri kita sendri sama ada kita sedar ataupon tak..Kekuatan dan kematangan kita menjadi jawapan kepada semua tanda tya itu yang kita sendiri tak pasti layakkah kita, kuatkah untuk menerima semua itu samaada secara ikhlas atau secara terpaksa. Redhakan hati untuk merima segala galanya dengan hati yg ikhlas dan terbuka kerana Allah dah letakkan kemanisan dugaan itu dengan satu hikmah yang sangat besar nilainya yg akan membuatkan kita sendri tersenyum dan bersyukur dengan apa yg telah ditakdirkan..
Kepada sahabatku, dimana sahaja anda berada, dimana sahaja anda berpijak, dimana sahaja anda berdiri. Andai anda sedang jatuh, bangunlah dengan segala kekuatan yang ada. Kuatkan hati tabahkan hati ikhlaskan hati meredhai segala yang terjadi. Berdoa pada Ilahi..Mohon kekuatan untuk terus berdiri di saat kaki terhenti ketika sedang diuji.
Kepada sahabatku, dimana sahaja anda berada, dimana sahaja anda berpijak, dimana sahaja anda berdiri.
Kelemahan kita tidak pada mengalirnya air mata, tidak pada hati yang terluka tetapi apabila kita gagal menyahut dugaan yang telah tertulis dalam takdir kita. Kadang kadang Allah pahitkan kemanisan yang kita kecapi bukan kerana Dia saja nak menguji tapi disebabkan Dia terlalu sayang dan terlalu rndu untuk mendengar rintihan hambaNya ini.
Kepada sahabatku, dimana sahaja anda berada, dimana sahaja anda berpijak, dimana sahaja anda berdiri. Teruslah berdiri, teruslah yakini percaturan Ilahi kerana sentiasa ada sinar untuk ke jalan yang diredhai.
Kepada sahabatku, berpesanlah pada diri, bersabarlah wahai hati kerana bahagia itu pasti walaupon penuh onak dan duri.
Wow..panjang benor cik azie mengarang..haha..tapi itulah..hakikat kehidupan yang bergelar insan..tapi entri ni didedikasikan khas tuk semua yang bergelar sahabat..juga untuk diri sendri jugak..kita sbgai manusia selalu mengharapkan yang terbaik, mmg akan ada yang terbaik sbb dah tertulis dlm loh mahfuz kita..apa yang penting letakkan harapan dalam doa yang kita tadahkan di saat kita bersujud padaNya..menarilah dan terus tertawa walau hidup tak seindah Syurga..bersyukurlah pada yang kuasa..Cinta kita di dunia..selamanya..ada sikit nak share kat sini..dah penah post kat blog ni..penah tulis satu poem..pada 31/12/2010..cewahh..itu hasil dari nukilan hati..hahha...title dia Jika Waktu..rasanya dah cukup entri kali ni..Moga hari ini lebih baik dari semalam
.adiossss!!!
Jika waktu yg kita ambil adalah untuk menyempurnakan ikatan yg terjalin..
biarlah ianya akan trus kekal hngga ke akhir hayat...
Jika waktu yg kita ambil ini kdg2 mnyakitkan...
biarlah kemaafan yg menyempurnakan..
Jika waktu yg kita ambil ini adalah kesilapan..
biarlah ianya mnjadi smpadan dan tauladan..
Sesungguhnya esok sntiasa ada
tuk meruskan kehidupan bersama sinar yg tiada bandingan..
kerana itu semua takdir Tuhan..
with love;
Cik Azie